beri makan hamster ini ok

Tuesday, October 20, 2009

Kisah hidup aku dari kecil

Nasib seorang anak yatim


Aku bernama Amirul .aku di lahirkan di hospital batu gajah perak. sewaktu aku di lahirkan ayahku dan arwah ibuku telah berpisah kerana ayahku telah berkenalan dengan seorang wanita lain. jadi aku di ibu aku yg tinggal bersama datuk dan nenekku di berus perak. aku mempunyai 3 adik beradik . abang aku bernama shamsul nizam( along ) aku ( aroy nama panggilan ) adikku ( asyraf ) . setelah ibuku meninggal dunia kami di pelihara oleh datuk dan nenekku tanpa di pedulikan oleh ayahku. kami di besarkan oleh datuk dan nenekku di kampong di beruas perak.



tiba-tiba kami telah di ambil oleh ayahku untuk tinggal bersama beliau dan ibu tiri. disebabkan kami masih kecil dan tidak tahu apa-apa kami mengikut sahaja .tapi sekarang aku tahu sebab apa. sebab setiap seorang dari kami ada buku simpanan rm7000/ seorang.yang di simpan oleh bapa saudaraku di kampong.hanya kami boleh ambil bila dah umur 18 tahun. tetapi kami hanya dapat bertahan selama 4 bulan sahaja .aku dan abangku ( along ) lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sifat ibu tiri yang selalu mendera kami dan selalu mencari pasal untuk memukul kami.aku di bawa abangku lari ke bandar kuala lumpur. aku di tinggalkan oleh abangku di hadapan ibupejabat bangunan Maybank .setelah lama abangku tidak datang aku menjadi takut.aku menangis. seorang pemandu teksi telah datang dan bertanya.setelah aku ceritakan kisah ku. beliau telah membawa daku ke sebuah gerai di hadapan puduraya.di mana terdapat seorang mak cik meniaga makanan.yang kami panggil umi.


Setelah di minta oleh abang teksi tersebut mak cik ( umni ) bersetuju untuk mengambilku tinggal dan berkerja dengan beliau dengan gaji rm 10/ sehari tetapi 2 bulan aku berkerja satu sen pun aku tak dapat.hanya dapat makan dan tempat tinggal. pakaian ku pun apa yang aku ada sahaja. suatu malam aku telah berkenalan dengan seorang abang yang selalu berjogging di belah malam. waktu balik dia mesti berhenti makan di kedai umni. setelah hampir 2-3 minggu kenal beliau kami menjadi semakin rapat. beliau sangat mengambil berat tentang ku. malah beliau selalu membeli pakaian untuku. masaalah aku di kedai umi ialah aku selalu di buli oleh seorang pekerja umi dari mynmar . dia selalu membuli aku. aku selalu menceritakan masaalahku kepada abang tersebut yg ku panggil ( uncle jamil )
Lelaki myanmar yg berkerja di gerai umi yg selalu membuliku . sekali uncle jamil tahu dia waning orang ini. trus tak berani.Foto aku sewaktu aku berkerja di gerai umi ,waktu mula-mula kenal papa.itulah baju dan seluar yang aku ada.

kerana tidak tahan aku menceritakan kepada uncle jamil aku nak lari. uncle jamil marahkan ku .katanya daripada lari lebih baik aku tinggal bersamanya. tetapi di sebabkan uncle jamil menggangap umi seperti ibu angkat maka perkara ini menjadi rumit sedikit. tetapi dengan kebijaksanaan uncle jamil dia telah merancang sesuatu . iaitu aku lari dan beliau akan tunggu di suatu tempat. kami berjaya . aku lari dari kedai umi dalam pukul 2.00 pagi. ke tempat yg telah di janjikan oleh uncle jamil. apabila sampai di rumah uncle jamil kami berbincang . uncle jamil kata kalau aku nak tinggal dengan beliau.beliau mahu menggangap sebagai anak. aku begitu terharu kerana masih ada orang yg menyayangi aku.uncle jamil mahu aku memanggil beliau sebagai papa dan aku bersetuju sangat.barulah aku merasa kasih sayang seorang ayah. maka bermulalah kehidupan ku dengan papa.
Foto aku waktu aku mula-mula sampai ke rumah papa.
Papa membawaku ke kedai gunting berdekatan esoknya di mana aku di botakkan.

hidupku dengan papa sangat beruntung.segala kehendakku dan kemahuanku di penuhi oleh papa. sampai ada penyokong dalam forum yg papa selalu masuk dengki , cuma yg aku tak tahan dengan sifat papa ialah bila dia marah.aku tahu salah aku. tapi bila papa marah die mengamok .selama aku tinggal dengan papa aku telah lari dari rumah sebanyak 3 kali. setiap kali aku lari papa akan mencariku.bila aku fikirkan balik aku betul betul menyesal apa yang aku lakukan.tapi waktu itu aku baru berumur 11 tahun. kali terakhir aku lari papa jumpa aku di cyber cafe di jalan pertaling street.itulah kelebihan papa. ke mana sahaja aku pergi dia mesti tahu sebab papa di kenali ramai. kemana sahaja beliau pergi semua orang kenal beliau.






aku tinggal dengan papa selama 2 tahun . tetapi apabila ada orang sakit hati dengan papa dan tahu tentang aku telah membuat laporan kepada JKM ( jabatan kebajikan masyarakat ) dengan membuat tuduhan atau fithnah terhadap papa mengatakan yang papa menginaya aku. tidak menyekolahkan aku.sedangkan papa bertungkus lumus cuba untuk menyekolahkan aku. termasuk berjumpa dengan ayahku untuk mendapatkan surat kebenaran. rupa-rupanya ayahku seorang mata duitan. ayahku telah meminta rm 6000/dari papa dengan alasan menjaga ku selama 4 bulan. tentu ko orang paham tanpa surat kebenaran masakan papa dapat menyekolah dan membuat ic untuk ku. walaupun aku kecil aku tahu kesusahan papa. orang yg buat komplain itu ialah kawan papa sendiri. kawan yg papa sangat percaya.
Ini gamba aku dgn abang aku sewaktu abang aku melawat aku di rumah papaku dulu. aku dapat tahu abang aku sekarang sudah rosak. dah jadi budak jahat.dengar dari ayah kandungku waktu dia lawat aku abangku dah masuk penjara. kesian abang.dulu papa nak ambil kami berdua abang aku degil.


akhirnya aku di rampas oleh JKM dengan di ketuai oleh seorang betina bernama ( adlin ) beliau menipu papa dengan mengatakan yg aku di ambil untuk di periksa setelah siap mereka akan menghantar semula daku kepada papa. rupa-rupanya itu semua hanya lakonan .aku di tempatkan di wad hospital ampang selama 5 hari untuk tujuan pemeriksaan.setelah siap aku di bawa ke mahkamah . di mahkamah hakim memerintahkan aku di hantar ke ( pusat kemahiran serendah ) selama 2 bulan sehingga hari pembicaraan.Selama aku di serendah boleh di katakan seminggu 2 kali papa mesti datang melawatku.membawa makanan dan barang serta baju untukku. bapa kandungku langsung tidak menjenguk muka selama aku di serendah.tanpa pengetahuan papaku perempuan yg menfithnah papa iaitu ( ati dan izan ) ( http://catlover.fotopages.com/?entry=2109488 ) datang melawatku . sambil memujuku supaya jangan tinggal bersama papaku dengan berbagai cerita dan alasan. siapa sangka hanya kerana tidak dapat meminjam rm 1000/ dari papa seorang kawan yg di percayai oleh papa boleh menghianatinya. sebelum ke mahkamah aku ceritakan kepada papaku . barulah papaku tahu siapa yang menghianatinya. sebab kalau tidak macamana mereka berdua tahu aku di masukan ke pusat kemahiran serendah . kata papaku sebelum ini dia tidak menyangka langsung. begitu juga timbalan pengarah pusat serendah juga hampir selalu memanggilku dan menggingatkan aku supaya tidak tinggal dgn papaku.entah apa yg di cucuk oleh cik nor adlin entah le. aku juga selalu di tanya dalam sesi soal siasat adakah papa melakukan apa-apa terhadapku. atau menyentuh alat kemaluanku. aku cakap papa tak pernah buat benda-benda tak senonoh seperti itu.

pada hari pembicaraan sampai. kami bertemu di mahkamah,papa, ayah kandungku dan ibutiriku. dalam perjalanan pegawai JKM sentiasa menyebut supaya aku duduk dengan ayah kandung ku bukan papaku. berbagai kata-kata manis di lemparkan untuk memancing ku. tetapi apa orang lain tahu,pengalaman ku tinggal selama 4 bulan dengan ayah kandungku dan ibu tiriku cukup menyiksa diriku.macaman aku dan abang ku di pukul dengan hanger baju , dawai besi , di mahkamah aku menjadi kaku di sebabkan berbagai tekanan. dari timbalan pengarah , pegawai JKM cik nor adlin , ayah kandungku yg tiba-tiba mengambil berat tentangku . Dalam mahkamah ayah kandung ku meminta mahkamah menghantarku ke rumah anak-anak yatim dgn alasan beliau tidak mampu menjagaku, begitu juga cik nor adlin tidak membantah.cuma yang membantah ialah papaku. papaku juga sertakan foto-foto yg beliau ambil di serendah bagaimana suasana di sama. budak-budak kecil di pukul oleh budak lama. kes budak hisap gam. tempat tidur yang tonggang langgang. papaku tetap membantah jika aku di hantar ke rumah anak yatim.tetapi apakan daya papaku beliau hanya seorang bapa angkat. dan mahkamah mengambil keputusan menghantar aku ke ( rumah budak laki-laki tun abd aziz ) di melaka. papaku menangis apabila keputusan di buat .ayah kandungku dan pegawai JKM cik nor adlin hanya tersenyum dan ikut. sebelum aku di hantar ke melaka. aku pergi ke arah papa untuk bersalam tetapi papa tidak sanggup melihat ku. dan meminta aku pergi.
uncle andray orang rusia yang setiap minggu beri papa rm 100/tapi hari dia nak balik rusia die beri papa rm 5000/ dalam sampul surat . itulah pertama kali aku tengok duit banyak.

maka bermulalah kehidupanku di ( rumah budak laki-laki tun abd aziz ) melaka. aku di tempatkan bilik A5 bersama hampir 7-8 orang . lepas 2 bulan aku minta di pindahkan ke bilik A9 .dan di sinilah aku mula bercampur dengan budak-budak jahat.di sini aku belajar menghisap gam dan rokok. di sini aku belajar memecahkan loker orang.belajar mencuri ,perkara yang aku tak pernah belajar atau buat selama aku tinggal 2 tahun dengan papa. sebab papa memang tegas soal displin dgn ku. di sini juga aku curi keluar untuk membeli rokok dan gam .sedangkan
sewaktu aku bersama papa aku langsung tak berani buat semua ini. kalau papa tahu aku menghisap rokok dan mengambil gam mati aku kena belasah. tapi alhamdullilah setelah aku fikirkan aku berjaya berhenti menghidu gam. tetapi aku masih menghisap rokok lagi.
Inilah gamba ayah kandungku .kerana perempuan sanggup tinggalkan ibuku.dalam keadaan mengandong adik aku. orang yg banyak menyusahkan arwah ibuku dan kami 3 beradik.juga cuba memeras ugut papaku sebanyak rm 6000/.aku tidak akan melupakan segala kesalahan ayahku sampai bila-bila.kesalahannya terhadap arwah ibuku,kesalahannya terhadap kami 3 beradik,kesalahanya terhadap papaku.

Ayah kandung aku ada melawat aku sekali sahaja itupun setelah mahkamah memerintahkan beliau melawat aku selalu.tetapi selama 2 tahun aku disana beliau hanya sekali datang melawatku. tentang papaku pula , ayah kandung ku telah memberi arahan dan amaran kepada petugas-petugas rumah budak laki-laki tun abd aziz supaya jangan sesekali membenarkan jamil ismail atau pun jamilkucing datang melawat aku. ini di ceritakan sendiri oleh warden . papa ada menghantar kad hariraya kepadaku tapi selepas 5 bulan baru aku dapat kad tersebut . itupun aku sendiri curi dari pejabat warden. aku cuba membalas tetapi di rampas oleh warden. apabila aku di masukan ke sekolah sebelum pulang aku dan kawan-kawanku akan singgah di cyber cafe. aku selalu masuk blog dan you tube papa . tapi aku tak berani komen. sebab aku takut papa marah dan aku tak mahu papa sedih. aku tahu papa sangatkan sayang pada ku.
aku sekarang sudah 14 tahun dekat nak masuk 15. foto terbaru.aku tangkap dgn hp aku. pastu pi cc guna kad reder masukan dan buat blog aku.

Setelah 2 tahun di rumah budak laki-laki aku sudah tidak tahan lagi.selalu di buli , di pukul , di paksa membeli rokok. akhirnya aku tekad untuk melarikan diri. bersama seorang kawan kami lari sewaktu pulang dari sekolah. mula memang niat aku nak ke kuala lumpur mencari semula papa. tapi aku tahu. apabila rumah budak laki-laki beritahu ayah kandungku atau cik nor adlin mereka pasti akan ke tempat papa.so aku tak mahu menyusahkan papa. dan aku tahu papa masih marahkan aku. jadi kami berdua bertekad untuk ke johor bahru. dengan bebekalkan
sedikit duit belanja dari hasil hariraya aidilfitri kami lari. kami lari dalam pukul 2.00 petang naik bas ke johor bahru. dan sekarang kami di johor bahru. kawanku saiful telah pun mendapat kerja. kami menyewa sebuah bilik di rumah cina. mungkin bila aku dah besar nanti aku akan mencari papa ku tersayang.

Buat papa Amirul sangat sayangkan papa. kita di pisahkan oleh mereka yg busuk hati. tuhan bersama kita . Amirul akan mencari papa semula suatu hari nanti . Amirul ambil foto-foto aroy dgn papa di web papa dgn Amirul ya. papa jgn marah. Amirul akan menggingati kesusahan papa membela Amirul